|
Home
| Databases
| WorldLII
| Search
| Feedback
Court of Appeal of Malaysia |
] [Hide Context] __ __ _ _ __ _ _
5
10 ANTARA
DAN
15
20 [DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (1) SHAH ALAM PERBICARAAN JENAYAH
25 DI ANTARA
30
35
[1] Perayu — Khairul Idzham Khairuddin (“Khairul”) telah dituduh di Mahkamah Tinggi dengan satu kesalahan memperedar dadah
5 berbahaya, iaitu cannabis seberat 4,362 gram pada 24/2/2004 jam
lebih kurang 4.45 pagi di No. 16, Lorong AU 3/7A Ulu Klang, Selangor (“rumah tersebut”). Mahkamah Tinggi mendapati Khairul
bersalah, mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman mati ke
atasnya. Khairul telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah ini.
10
[2] Kes pihak pendakwaan telah pun dibentangkan oleh Y.A Hakim bicara dalam penghakimannya. Kami tidak akan mengulanginya.
15 [3] Di akhir kes pihak pendakwaan Y.A Hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan secara afirmatif bahawa Khairul mempunyai pemilikan 5 ketulan mampat cannabis yang ditemui di rumah tersebut (2 ketulan mampat ditemui dalam P8 dan 3 ketulan mampat ditemui dalam P11). Oleh kerana berat
20 cannabis itu melebihi 200 gram, anggapan di bawah seksyen
37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) terpakai dan Khairul dianggap mengedar 4,362 gram cannabis dalam 5 ketulan mampat tersebut (“cannabis tersebut”), sehingga dibuktikan sebaliknya.
25 [4] Peguam Khairul berhujah bahawa Y.A Hakim bicara tersilap apabila beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah
membuktikan pemilikan cannabis tersebut terhadap Khairul.
Sehubungan ini peguam berhujah bahawa :
5 | (1) | Y.A Hakim bicara telah membuat kesilapan dalam penilaiannya terhadap keterangan Mohd Jeffree B. |
Mokhtar (SP5). Menurut peguam, ada orang lain selain | ||
Khairul yang mempunyai akses kepada cannabis tersebut. | ||
10 | (2) | Y.A Hakim bicara telah tersilap dalam menerima P20 yang merekodkan maklumat yang dikatakan diberi oleh |
Khairul di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. |
[5] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pula berhujah bahawa Y.A
15 Hakim bicara telah membuat keputusan yang betul apabila beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan pemilikan terhadap Khairul. Sehubungan ini TPR berhujah bahawa Y.A Hakim bicara telah membuat penilaian yang betul terhadap keterangan SP5, yang menurut TPR, adalah seorang
20 saksi bebas. TPR juga berhujah bahawa Y.A Hakim bicara telah membuat keputusan yang betul dalam menerima masuk P20.
25 [6] Persoalan utama di hadapan kami ialah sama ada Y.A Hakim bicara telah membuat keputusan yang betul apabila beliau
memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan secara afirmatif pemilikan cannabis tersebut terhadap Khairul,
tanpa menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB?
5 [7] Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa adalah tidak sesuai untuk dinyatakan bahawa pemilikan sesuatu barang dalam undang-undang jenayah bermakna pemilikan eksklusif. Apabila kita bercakap tentang pemilikan di bawah undang-undang, persoalannya adalah sama ada seseorang itu mempunyai
10 pemilikan atau tidak. Hal ini dijelaskan oleh Abdul Aziz Mohamad HMP dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Denish Madhavan :
“It is inappropriate to speak of possession of an article in
15 criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong
20 impression that it is only in cases where possession is
entirely with one person, – that is, “exclusive” – that a conviction is possible. When the learned trial judge said “The accused sought to negative the proof of exclusive possession ...”, we take it that he meant no more than that
25 the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.
The idea of exclusivity features in the meaning of “possession” in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53:
5
“.....It is often said that ‘possession must be
exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons
may be in joint possession of chattels, whether
distinction between custody and possession is that a
A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may
5 be presumed to intend to do so in case of need.
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive
10 possession. So much for exclusive possession”. [Emphasis
added].
[8] Oleh itu persoalan penting dalam kes di hadapan kami ialah sama ada hanya Khairul mempunyai kuasa untuk berurusan
15 dengan cannabis tersebut sebagai tuan punya apabila keadaan memerlukan dia berbuat demikian?
[9] Alasan Y.A Hakim bicara dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pemilikan (dari muka
20 surat 10 hingga 13 penghakimannya) adalah seperti berikut. Dari
keterangan pihak pendakwaan, terutama keterangan SP2 dan SP5, Y.A Hakim bicara mendapati bahawa Khairul tinggal di rumah tersebut. Y.A Hakim bicara juga mendapati bahawa dari keterangan SP3, SP4 dan SP7, Khairul dan SP5 telah ditangkap di
25 rumah tersebut dan hanya mereka berdua yang dijumpai di rumah tersebut semasa pihak polis menyerbunya. Y.A Hakim bicara mendapati bahawa P8 yang mengandungi 2 ketulan mampat ditemui di dalam bakul merah di bahagian dapur rumah tersebut.
Manakala P11 yang mengandungi 3 ketulan mampat ditemui di atas tangki air di bilik air rumah tersebut. Seterusnya, Y.A Hakim bicara menyatakan bahawa soalan penting yang timbul ialah sama ada kehadiran SP5 di rumah tersebut pada masa serbuan
5 menidakkan kawalan atau jagaan Khairul terhadap cannabis
tersebut serta pengtahuan Khairul mengenainya. Y.A Hakim bicara menyatakan bahawa dalam pertimbangannya mengenai elemen pemilikan cannabis tersebut, keterangan SP5 telah memainkan peranan yang besar. Y.A Hakim bicara merujuk
10 kepada keterangan SP5 bahawa dia (SP5) baru sampai di rumah tersebut dari Negeri Thai pada jam 3 pagi 27/2/04 dan sedang tidur bila polis menyerbu rumah tersebut pada jam 4 petang. Dalam keterangannya SP5 menafikan bahawa ketulan-ketulan mampat dalam P8 dan P11 adalah kepunyaannya. Y.A Hakim bicara
15 menyatakan bahawa pihak pembelaan telah tidak mencabar penafian SP5 itu. Y.A Hakim bicara menambah bahawa pihak pembelaan juga telah tidak mencadangkan (put) kepada SP7 bahawa cannabis tersebut dipunyai oleh SP5, atau bahawa cannabis tersebut tidak dipunyai oleh Khairul. Y.A Hakim bicara
20 seterusnya menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercayai SP5 dan SP7 yang didapatinya adalah saksi-saksi yang boleh dipercayainya, dan ini menurut Y.A Hakim bicara, membawa beliau kepada kesimpulan bahawa SP5 telah berjaya menafikan bahawa dia mempunyai kawalan dan jagaan
25 cannabis tersebut. Kemudian, Y.A Hakim bicara menimbulkan persoalan sama ada dengan kesimpulan yang dibuat oleh beliau
bahawa SP5 telah menafikan kawalan dan jagaan cannabis tersebut, inferens boleh dibuat bahawa Khairul mempunyai kawalan dan jagaan ke atas cannabis tersebut. Sehubungan ini setelah menimbangkan keseluruhan keterangan pihak
5 pendakwaan beliau membuat dapatan bahawa Khairul mempunyai
kawalan dan jagaan cannabis dalam P8 dan P11. Menurut Y.A Hakim bicara, dapatannya itu juga dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Khairul kepada SP7 yang direkodkan dalam P20 yang diterimanya masuk dalam keterangan
10 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan. Menurut Y.A Hakim bicara, pemberian maklumat dalam P20 tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Y.A Hakim bicara menyatakan bahawa dari P20 beliau membuat inferens bahawa Khairul mempunyai pengetahuan tentang cannabis dalam P11. Y.A Hakim bicara menambah
15 bahawa inferens tersebut juga dibuktikan dari perbuatan Khairul menunjukkan ke arah tangki air di mana P11 ditemui. Mengenai cannabis dalam P8, Y.A Hakim bicara membuat dapatan bahawa Khairul mempunyai pengetahuan mengenainya kerana apabila polis menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut, Khairul kelihatan
20 takut. Menurut Y.A Hakim bicara, reaksi Khairul itu disokong pula oleh penafian SP5 dan SP2 tentang cannabis dalam P8. Atas sebab-sebab yang akan kami huraikan sebentar lagi kami tidak dapat menerima kesimpulan yang dibuat oleh Y.A Hakim bicara bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan pemilikan cannabis
25 tersebut oleh Khairul. Dalam pengamatan kami, Y.A Hakim bicara telah memberikan tumpuan yang berlebihan kepada penafian SP5
tentang pengetahuannya mengenai cannabis tersebut dalam P8 dan P11 tanpa menilai dengan teliti probability keseluruhan keterangan SP5. SP5 mendakwa bahawa dia telah terus pergi ke rumah tersebut setelah tiba dari Thailand pada jam 3 pagi. Y.A
5 Hakim bicara telah tidak menimbangkan kenapa SP5 tidak pulang
ke rumah bapanya, yang terletak hanya 70 – 100 meter dari rumah tersebut, di mana dia, isteri dan anak-anaknya tinggal. SP5 menyatakan bahawa dia tidak terus pulang ke rumahnya, sebaliknya terus pergi ke rumah tersebut kerana dia tidak mahu
10 mengganggu bapa dan ibunya pada jam 3 pagi. Y.A Hakim bicara telah tidak menimbangkan sama ada alasan SP5 itu munasabah atau tidak. SP5 baru pulang dari luar negara selepas satu perjalanan yang jauh. Sepatutnya SP5 terus menuju ke rumahnya di mana isteri dan anaknya berada tetapi dia terus ke rumah
15 tersebut. SP5 memberikan alasan dia tidak mahu mengganggu bapa dan emaknya pada jam 3 pagi. Tetapi SP5 sanggup mengganggu orang lain, iaitu, Kharul dan orang-orang yang ada di rumah tersebut. Apakah istimewanya kaitan antara SP5 dengan rumah tersebut, dan apakah istimewanya hubungan antara SP5
20 dengan Khairul dan keluarga Khairul yang boleh menyebabkan SP5 sanggup mengganggu Khairul dan keluarganya walau pun pada jam 3 pagi iaitu pada masa yang orang lazimnya sedang tidur nyenyak? Pada hemat kami adanya SP5 di rumah tersebut pada masa dia sepatutnya berada di rumah bapanya hendaklah
25 dipertimbangkan bersekali dengan keterangan SP4 dan SP7.
Kami dapati ini gagal dilakukan oleh Y.A Hakim bicara. Menurut
SP4, sebelum menyerbu rumah tersebut anggota polis ada membuat serbuan di rumah SP5. Walau pun dalam
keterangannya dalam pemeriksaan utama SP7 tidak menyentuh tentang perkara ini, dalam keterangannya dalam pemeriksaan
5 balas SP7, walau pun pada mulanya SP7 kelihatan agak “liat”
untuk mengaitkan maklumat yang diterimanya dengan serbuan di rumah SP5, SP7 terpaksa mengakui bahawa pada malam kejadian rumah SP5 adalah rumah yang pertama diserbunya. Malangnya, menurut SP7, di rumah SP5 mereka telah tersilap menangkap dan
10 menggari adik SP5. Selepas menyedari kesilapannya itu SP7 telah membebaskan adik SP5. Keterangan SP4 dan SP7 itu menunjukkan bahawa SP5 adalah juga sasaran serbuan polis pada malam itu. Menurut SP7, hasil maklumat yang diberi oleh seorang bernama Zulkarnain, dia (SP7) dan pasukannya
15 mengepung rumah SP5 dan rumah Khairul. Walau pun SP7 menafikan cadangan peguam bahawa dia dan pasukan polis pergi ke rumah Khairul atas maklumat orang kampung yang memberitahu bahawa SP5 telah lari ke rumah tersebut, keterangan SP4 dalam pemeriksaan balas mendedahkan bahawa pihak polis
20 menerima maklumat dari seorang kampung bahawa beliau nampak SP5 lari masuk ke dalam rumah tersebut: “Ya, terima maklumat daripada seorang kampung beliau nampak Mohd Jeffree lari masuk ke dalam rumah OKT di No. 16 Jalan AU 3/7A, Ampang”. Keterangan tersebut adalah keterangan dengar cakap.
25 Walau pun keterangan SP4 itu tidak boleh diterima masuk untuk membuktikan kebenaran bahawa SP5 telah lari masuk ke rumah
tersebut, keterangan SP4 itu mendedahkan bahawa ada pernyataan sedemikian dibuat oleh seorang orang kampung (lihat Subramaniam v. PP (1956) MLJ 220). Jadi, adakah benar keterangan SP5 bahawa dia tidak balik ke rumahnya kerana tidak
5 mahu mengganggu bapa dan ibunya? Atau adakah hakikat
sebenarnya SP5 telah lari ke rumah tersebut dari rumahnya? Dalam keterangannya SP5 menyatakan bahawa bila anggota polis masuk dia tidak sedar kerana sudah terlena dan letih. Tetapi SP4 dan SP7 memberikan keterangan sebaliknya. Menurut SP7, “Saya
10 bersama Sjn. Adnan pergi ke ruang dapur – saya lihat seorang lelaki Melayu baring di atas sofa di ruang dapur. Lelaki dalam keadaan sedar. Saya memperkenalkan diri kepada lelaki yang dikenali sebagai Jeffree dan menahan beliau”.
15 [10] Keterangan SP4 dan SP7 yang baru sahaja kami huraikan itu sepatutnya telah dipertimbangkan oleh Y.A Hakim bicara dalam menilai kebenaran keterangan SP5. Ini telah tidak dilakukan oleh Y.A Hakim bicara. Keadaan kes ini, khususnya apa yang terjadi sebelum SP7 menyerbu rumah tersebut seperti yang didedahkan
20 oleh keterangan SP4 dan SP7 sepatutnya menjadikan Y.A Hakim bicara lebih berhati-hati dalam menilai keterangan SP5. Keterangan SP4 dan SP7 menunjukkan bahawa SP5 adalah sebenarnya sasaran, atau setidak-tidaknya dia dan juga Khairul adalah sasaran serbuan polis pada malam kejadian. Walau pun
25 keterangan itu sahaja tidak semestinya membuktikan bahawa cannabis tersebut dipunyai oleh SP5, ianya cukup untuk
menimbulkan syak dalam keterangan SP5 tentang kenapa dia berada di rumah tersebut dan kemungkinan kaitannya dengan
cannabis tersebut.
5 [11] Selanjutnya, dalam penghakiman kami ada lagi satu perkara penting dalam keterangan SP5 yang tidak langsung disentuh oleh Y.A
Hakim bicara dalam penghakimannya. Bagi kami ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh Y.A Hakim bicara dalam melakukan
penilaian kehakiman (judicial appreciation) keterangan
10 di hadapannya. Dalam pemeriksaan utama, SP5 menyatakan :
“Setiba saya di rumah No. 16 ada 3 orang - OKT, abang
OKT dan kawan abang OKT.
Saya tidak berapa kenal abang OKT dan kawan abang OKT.
15 Kawan abang OKT keluar – tinggal abang OKT, OKT dan saya dalam rumah.
Abang OKT berada di ruang tamu. OKT juga berada di ruang tamu – OKT dicam”.
20 [12] Berdasarkan kepada keterangan tersebut bila SP5 tiba di rumah tersebut pada jam 3 pagi ada 4 orang di dalamnya — SP5, Khairul, abang Khairul dan kawan abang Khairul. Kemudian apabila kawan abang Khairul keluar, tinggal 3 orang di rumah tersebut — Khairul, abang Khairul dan SP5. Walau pun dalam
25 soal balas SP5 menyatakan, “semasa serbuan hanya saya dan OKT berada di rumah — tidak nampak abang OKT”, tiada keterangan diberikan oleh pihak pendakwaan untuk menunjukkan
ke mana perginya abang Khairul atau apa yang terjadi kepada abang Khairul? Adakah dia juga telah keluar dari rumah tersebut sebelum
serbuan polis? Kedudukan abang Khairul ini perlu dijelaskan oleh pihak pendakwaan. Dalam persoalan tentang
5 pemilikan kedudukan abang Khairul mesti diperkatakan. Menurut
emak Khairul (SP2), yang kerap tinggal di rumah tersebut ialah abang Khairul yang bernama Khairul Azwar. SP2 menyatakan bahawa Khairul Azwar ini pernah ditahan di Pusat Serenti kerana air kencingnya mengandungi heroin. SP2 juga pernah nampak
10 Khairul Azwar menghisap ganja. Jadi walau pun Khairul berada di rumah tersebut pada masa polis menyerbunya, abang Khairul lebih kerap menghuni rumah tersebut, kerana menurut SP2, pada hari kejadian sebenarnya Khairul tinggal di Kota Bharu bersama isteri dan anak-anaknya. Malangnya, kedudukan Khairul Azwar yang
15 ada di rumah tersebut pada masa SP5 datang ke rumah tersebut pada jam 3 pagi, bukan sahaja telah tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan, tetapi Khairul Azwar telah tidak dipanggil memberikan keterangan atau ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan di akhir kes pihak pendakwaan. Selain
20 dari SP2 dan SP5 yang telah menafikan pengetahuan mereka dengan cannabis tersebut, terdapat 2 orang lagi ada di rumah tersebut pada masa SP5 tiba di rumah tersebut — Khairul dan abangnya. Itu belum lagi diambil kira kawan abang Khairul. Pada hemat kami tanpa keterangan dari Khairul Azwar menidakkan
25 sebarang kaitannya dengan cannabis tersebut, wujud gap dalam kes pihak pendakwaan yang menimbulkan keraguan yang
munasabah sama ada Khairul seorang sahaja yang benar-benar mempunyai kuasa untuk berurusan dengan cannabis tersebut apabila keadaan memerlukan dia berbuat demikian [lihat PP v. Denish Madhavan, supra].
5
[13] Seperti yang telah dijelaskan, dalam membuat dapatan bahawa Khairul mempunyai kawalan dan jagaan ke atas cannabis tersebut Y.A Hakim bicara bergantung kepada P20 yang telah diterima beliau masuk dalam keterangan di bawah seksyen 27
10 Akta Keterangan :
“In this connection the totality of the prosecution’s evidence have to be evaluated and in doing so I am satisfied that the prosecution has established and it is my finding that the
15 accused had custody and control of the incriminating 5 slabs of cannabis the subject matter of the charge found in the black bag P8 and the green bag P11. My finding is predicated by the fact of the information given by the accused to SP7 and marked P20 which is admissible under
20 Section 27 of the Evidence Act to SP7”.
[14] Y.A Hakim bicara menyatakan bahawa pemberian P20 telah tidak dicabar oleh pihak pembelaan, dan bahawa P20 adalah satu rekod tentang maklumat yang diberikan oleh Khairul. Adalah jelas
25 bahawa Y.A Hakim bicara telah menerima keseluruhan kandungan
dalam P20 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan sebagai keterangan substantive terhadap Khairul. Dalam penghakiman
kami, Y.A Hakim bicara telah membuat kesilapan dalam menerima masuk P20 seperti yang tersebut itu. Ini adalah kerana keterangan substantive tentang maklumat yang diberi oleh orang kena tuduh ialah keterangan lisan saksi tentang maklumat yang diberi oleh
5 orang kena tuduh itu. Perkara ini dijelaskan dalam Amathevelli v.
10 “”However, that is not the end of the matter in so far admissibility of the information supplied by the appellant is concerned. The only evidence adduced by the Prosecution of the information is the record of it as contained in P51. SP12 did not give any oral evidence of it. In commenting on
15 the manner of giving evidence of information received under s 27, Augustine Paul J (as he then was) said in Public Prosecutor v Hashim bin Hanafi at pp 185 – 186:
Information given under s 27 is not a matter that is
20 required by law to be in writing so as to be governed by as 91 and 92 of the Act. Therefore the information must be proved by oral evidence pursuant to s 60(b) of the Act. Thus a written record of the information given by the the accused will not by itself be
25 substantive evidence of its contents and it is what the witness deposes in court as having been said by the accused that will be evidence (see Bhagirath). Where the information is contained in a police diary it can only be used for the purpose of refreshing memory
(see Public Prosecutor v Er Ah Kiat [1996] 1 MLJ 9). Where it is contained in any other document it can, at the highest, serve only as evidence of corroboration. It is on this basis that a report prepared by a chemist
5 pertaining to his analysis of drugs cannot be tendered as substantive evidence of its contents but only as corroboration of his oral evidence in court under s 157 of the Act (see Saw Thean Teik v R [1953] MLJ 124; Muhammed bin Hassan v Public Prosecutor [1998] 2
10 mlj 273). The purpose of corroboration is not to give
validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible (see DPP v Hester [1972] 3 All ER
15 1056). Its role is to confirm other evidence in the sense that it renders that other evidence more probable (see
Doney v R (1990)
171 CLR 207
; DPP v Kilbourne [1973] AC 729). It cannot therefore amount to that other evidence itself. Thus
the record of an
20 information will only enhance the credibility of the witness and the absence of it cannot render the oral evidence of it inadmissible; nor can it be a substitute for the evidence that it is meant to corroborate.
25 It is therefore clear that there must be oral evidence of the information given. P51 cannot be a substitute for it. Accordingly, we hold that P51, the information supplied under s 27 by the appellant, is inadmissible.” (Tekanan ditambah).
30
[14] Dalam kes di hadapan kami ini, SP7 menyatakan :
“Tiba di Balai Polls Tun Razak jam 6.40 pagi. Saya jalankan soal siasat ke atas kedua-dua saspek. OKT ingin
5 memberitahu saya sesuatu — saya bacakan kata-kata amaran di bawah s.37(a)(i)(b) Akta Dadah Berbahaya dan OKT jawab faham. Saya catatkan kata-kata amaran dan apa yang dipercakapkan selepas itu dalam kertas A4 - ada tandatangan saya dan OKT. Rujuk P20 – kata-kata amaran
10 dan percakapan – dicam dan disahkan. Sahkan soalan dan jawapan diturunkan serentak (on the spot). Berdasarkan kepada maklumat dalam P20 saya pergi ke rumah tempat kejadian bersama OKT, Sjn. Sayuti, Jamal Farid, Padli Sham, Fadza Marta, Konstable Jerry – tiba jam 7.30 pagi”.
15
[15] Jadi, seperti juga dalam Amathevelli v. PP, supra, dalam kes di hadapan kami, SP7 telah tidak memberikan keterangan lisan tentang maklumat yang dikatakan telah diberi kepadanya oleh Khairul. P20 tidak boleh menjadi pengganti kepada keterangan
20 lisan SP7 tentang maklumat tersebut. Atas alasan ini sahaja P20
adalah tidak boleh diterima masuk dalam keterangan. Seterusnya, Y.A Hakim bicara telah menerima masuk P20 di bawah seksyen 27
Akta Keterangan. Oleh itu bukan kesemua maklumat yang dicatat dalam P20 yang boleh diterima masuk dalam keterangan. Hanya
25 maklumat yang dengan jelas telah membawa kepada penjumpaan
fakta (cannabis tersebut) sahaja yang boleh diterima masuk dalam keterangan. Ini bererti jika pun P20 boleh diterima masuk dalam
keterangan, bukan keseluruhan kandungan dalam P20 tetapi
hanya jawapan berikut sahaja yang boleh diterima masuk:
“S : Di mana kamu simpan ganja lagi?
5 J : Di atas tangki bilik air di rumah tadi.
S : Boleh kamu tunjukkan kepada saya ganja di atas tangki itu sekarang?
J : Boleh.”
10
[16] Selain itu, SP7 telah memberikan keterangan yang bercanggah tentang pemberian maklumat dalam P20. Dalam pemeriksaan utama SP7 menyatakan “
15 “Tiba di Balai Polis Tun Razak jam 6.40 pagi. Saya jalankan soal siasat ke atas kedua-dua saspek. OKT ingin memberitahu saya sesuatu. Saya bacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37A(a)(i)(b) ADB dan OKT jawab faham”.
20
[17] Keterangan di atas bercanggah dengan keterangan berikut dalam pemeriksaan balas SP7 :
“Soal siasat ke atas kedua-dua tangkapan dijalankan
25 berasingan dan hasil siasatan saya dapati keterangan mereka berbeza berkenaan kuantiti dadah.
OKT semasa soalsiasat memberitahu saya baki dadah yang masih berada di rumahnya.
OKT menyatakan kepada saya “okey tuan – ada lagi barang”.
L/Kpl. Farid dan L/Kpl. Padli Sham ada dengar apa yang
OKT beritahu.
5 Saya catatkan di sehelai kertas kata-kata amaran di bawah
S.37(a)(i)(b) Akta Dadah Berbahaya.
Saya kemudian membacakan kata-kata amaran kepada
OKT dan tanya dia sekali lagi “di mana barang itu”.
Saya mencatatkan secara verbatim soal jawab di kertas
10 tersebut.
Saya kemudian pergi ke rumah OKT bersama OKT Padli
Sham, Farid dan Sjn. Sayuti.
[18] Menurut SP7, dia mencatatkan verbatim soal jawab dengan
15 Khairul dalam P20. Walau pun demikian, keterangan SP7 tentang soalan pertama yang dia tanya Khairul selepas amaran dibacakan bercanggah
dengan soalan pertama yang ditanya selepas amaran dibacakan seperti yang dicatitkan dalam P20. Dalam keterangan SP7 menyatakan
dia tanya Khairul sekali lagi “di mana barang itu”.
20 Sedangkan dalam P20 soalan pertama yang ditanya oleh SP7
selepas amaran diberi ialah, “Dimanakah kamu simpan ganja lagi”. Adalah penting soalan sebenar yang ditanya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Soalan yang ditanya membawa implikasi yang besar kepada jawapan yang diberi. Jawapan yang diberi adalah “Di atas
25 tangki di bilik air di rumah tadi”.
Jika soalan yang ditanya adalah seperti mana yang dicatat dalam
P20, maka jika soalan itu dan jawapannya diterima sebagai
keterangan substantif, ia menunjukkan bahawa Khairul mempunyai kawalan dan pengetahuan atas ganja atas tangki itu. Tetapi jika soalan
yang ditanya adalah seperti mana yang dikatakan oleh SP7 dalam pemeriksaan balas, maka soalan tersebut dan jawapan
5 yang diberi hanya menunjukkan bahawa Khairul mempunyai
pengetahuan bahawa barang itu (tidak semestinya ganja itu) ada di atas tangki. Pengetahuan sahaja tanpa kawalan atau jagaan tidak mencukupi untuk membuktikan Khairul mempunyai milikan barang di atas tangki itu. Jadi, percanggahan dalam keterangan SP7
10 dengan apa yang tercatat dalam P20 tentang soalan tersebut menimbulkan persoalan penting, iaitu, apakah perkataan- perkataan sebenar yang telah digunakan oleh SP7 dalam menanya soalan tersebut. Pada hemat kami percanggahan tersebut menimbulkan keraguan yang munasabah tentang apakah
15 sebenarnya soalan yang ditanya oleh SP7 yang dikatakan mencetuskan jawapan seperti yang dicatatkan dalam P20.
[19] Tanpa keterangan dalam P20 kes terhadap Khairul hanya bergantung kepada keterangan SP2, SP4, SP7 dan SP5. Seperti
20 yang telah kami huraikan, penilaian keseluruhan keterangan SP2,
SP4. SP7 dan SP5 menimbulkan keraguan yang munasabah sama ada Khairul seorang sahaja mempunyai kuasa untuk berurusan dengan cannabis tersebut apabila keadaan memerlukan dia berbuat demikian. Ini bererti terdapat keraguan yang munasabah
25 sama ada Khairul mempunyai pemilikan cannabis tersebut. Oleh yang demikian Y.A Hakim bicara telah membuat kesilapan dalam
memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Khairul (lihat Balachandran v. PP (2005) 1
5 [20] Rayuan Khairul dibenarkan. Sabitan dan hukuman
terhadapnya diketepikan. Khairul dilepas dan dibebaskan.
10
Hakim
15 Mahkamah Rayuan Malaysia
Putrajaya.
Tarikh : 9 November 2011.
20 Peguam bagi Perayu - Encik Martin Tay,
Tetuan Martin Tay & Co., Peguambela dan Peguamcara, No. 14-2, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
25 56100 Kuala Lumpur.
Bagi pihak Responden - Tuan Armadajaya B. Awang Mahmud, Timbalan Pendakwa Raya,
30 Jabatan Peguam Negara, Bahagian Perbicaraan & Rayuan, Aras 5, No. 45, Lot 4G7,
Presint 4, Persiaran Perdana,
] [Hide Context]
CommonLII:
Copyright Policy
|
Disclaimers
|
Privacy Policy
|
Feedback
URL: http://www.commonlii.org/my/cases/MYCA/2011/188.html